Follower

tic-toc

Friday, December 2, 2011

Pagi Indah ^^

Assalamualaikum wbt...

Wah, agak lama juga saya tidak update the blog. Agak kebusyan sedikit dan  masalah network.
Hari ini pagi-pagi lagi saya sudah keluar (v^^). Dalam 6.30am; dari surau ke kompleks. Exercise! oh, yeah~

Apa yang terlayar di minda pada waktu itu? 
I said; "alhamdulillah, syukur ya Allah kerana diberi keizinan dan nikmat untuk hidup seperti insan yang lain. Dapat menghirup udara segar..." smile... :)

Pesanan untuk diri saya dan anda semua;

Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun tidak sehebat orang lain, tidak secantik orang lain, tidak secanggih orang lain. Syukur! That's it. Mungkin itu yang terbaik untuk diri kita.

Setiap masalah yang menimpa pasti ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah...

Wallahualam

Buku ^^

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar bloggers + readers sekalian?
Harapnya, korang semua sihat belaka deh. (v^^)
Saya kurang sihat sedikit; baru lepas reda suhu panas badan dan sekarang batuk pula.
Bak kata sahabat saya, "xpe, sakit tu pengubat dosa".
Allah, terlalu banyak khilafku pada-Mu. Ampunilah hamba-Mu ini.

Semalam, pergi bandar lepas habis kelas. Bertemankan kawan saya seorang. Tiba-tiba terdetik di hati untuk singah ke kedai buku "Madani". (v^^)

Masuk sahaja...pergh banyak buku. Of course, it's bookstore right? hehe

Belek punya belek, jumpa buku "Travelog Wartawan". hihi...

Belek lagi, jumpa "Salahuddin al-Ayubi"...(p/s: edisi jimat. budget kot) huhu

Ok, sudah! Stop! Kalau toleh lagi sure tangan ini gatal hendak pegang --> beli. waaa...duit ma~

TOTAL = RM 32.00


Wednesday, November 23, 2011

Doa

Assalamualaikum wbt...


Jika rasa hendak marah. sila baca doa ini;


"Ya Allah, sejukkanlah hatiku daripada panasnya dosa-dosa dan bersihkanlah hatiku daripada kotornya maksiat yang melampau." Lepas itu, ambil wuduk. InsyaAllah tenang hati.


cc: Telaga Biru Fan Club

Monday, October 17, 2011

Bersama Sahabat

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, rasa syukur kerana masih diberi nikmat untuk bernafas dan bertena sahabat. Setelah sekian lama kami tidak bertemu akhirnya, hari ini telah tercatata di atas sana akan pertemuan kami. Alhamdulillah...kun fayakun


Dia bukan sahaja sekadar sahabat tetapi merangkap saudara saya. Walaupun, duduk dekat tapi masa sering mencemburui kami. Ada sahaja halangan yang memisahkan kami.


Hajat saya untuk bertemu dengan sahabat seorang lagi masih belum termakbul. Allah belum approve lagi. Hmm, I'll wait for the moment but well, at these morning I met her at a stall. Coincidence ^^ alhamdulillah , jumpa kejap pun tidak mengapa. Bertanya perihal kesihatan san sebagainya. Namun, masih banyak lagi saya mahu bertanya tapi masa masih lagi menyekat pertemuan kami. Kami berpisah setelah salam dihulur. InsyaAllah, one day kita akan bertemu ^^ can't wait!


Ya Allah, permudahkan urusan kami di atas sepanjang kami berpijak di atas bumi ini. 
Sahabat, 
bertemu kerana Allah
dan berpisah jua kerana Allah
uhibbuki fillah ya sohabati ^^



Monday, September 12, 2011

Dinner!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi program Dinner CS110 sudah pun berlalu pada 11.09.2011. Bukan mudah untuk menjayakan sesebuah program tanpa kerjasama daripada semua orang. Just wanna say "Good job, guys!".

Our memory~ ^^

bersama mereka yang disayangi ^^